Thursday 15 December 2011

my first love

cerita pertama yang aku nak post..tentang cinta pertama aku..bercakap tentang cinta pertama ni mesti ramai yang dah mengalaminya kan..ada yang kekal dan ada gak yang terputus di tengah jalan..lepas tu ada gak yang tak pernah meluahkan..cinta pertama adalah cinta yang terindah dalam diari kehidupanku..first love aku plak,,aku kenal dengan dia memang agak lama..hampir 7 tahun la..tapi,,selama kami berkawan tak pernah sekali pun kami meluahkan perasaan masing-masing..pendam je..dalam diam rupa-rupanya kami ada perasaan yang sama..saling menyayangi lebih dari seorang sahabat..sebenarnya first love aku tu muda setahun dari aku..mulanya aku anggap dia cam adik aku je..tapi,,lama-kelamaan perasaan asing tu wujud dalam hati kami..walaupun kami saling menyayangi sebagai kekasih tapi kami tak pernah declare pun sampai sekarang..kami pernah terpisah jauh..langsung tak contact..hampir 3 tahun gak la..dalam tempoh 3 tahun tu aku dah kenal dengan ramai lelaki..tapi tak de sorang pun yang dapat menakluki hati aku..mula-mula aku sendiri tak tahu kenapa jadi camtu..sampai la last year selepas setahun kami dapat contact semula atas kesungguhan dia mencari phone number aku..time tu baru aku sedar yang aku sangat menyayangi dia..yang kami saling memerlukan..tapi,,mungkin sebab jodoh kami tak kuat time kami berjumpa semula dia dah dimiliki..sementara aku single..aku kecewa..pada masa yang sama ada sorang lelaki nak tackle aku..so,,aku terima tanpa fikir panjang..tak lama lepas tu dia clash dengan awek dia atas alasan mahu bersamaku..tapi,,masa tu bf aku dah mula serius dengan hubungan kami..jujur,,aku memang tak de perasaan apa-apa pun pada bf aku masa tu..di fikiran aku hanya si dia..lama kami menderita sehingga akhirnya aku memutuskan untuk memilih bf aku..puas aku cuba mewujudkan rasa cintaku pada bf tapi tak berjaya..sebab cinta aku pada si dia terlalu kukuh..aku tak pernah dapat melupakan dia walaupun sesaat..dia selalu di hatiku..bersamanya aku sangat bahagia..tapi,,akhirnya atas permintaan ibu aku meninggalkan si dia..aku mengorbankan perasaan cintaku padanya hanya untuk melihat ibu ku bahagia..pengorbanan yang melukakan hati si dia yang ku cinta..setiap ketika aku memujanya..dalam tidurku muncul dia..bagaimana aku harus teruskan hidup tanpanya..masing-masing terluka..masing-masing menderita kerana cinta..sayangku padanya makin bertambah sehingga akhirnya dia memutuskan untuk tidak berharap pada ku lagi..cintaku hancur berkecai..musnah akhirnya..mula dari hari tu aku memutuskan untuk terus melenyapkan dia dari ingatanku..aku perlu melupakannya..bukan saje untuk aku, dia dan ibu ku..tapi juga untuk bf aku yang dah banyak terluka dan berkorban kerana ku..aku perlu menghargai    bf aku..aku anggap jodoh aku bersama si dia memang tiada di luh mahfuz..jadi,,kami reda dengan ketetapan Ilahi..tapi,,jujur sehingga saat ini aku masih tidak dapat melupakan dia walaupun perasaan cintaku pada bf semakin bercambah....yela..kata orang cinta pertama memang sukar dilupakan..aku memang susah nak jatuh cinta tapi sekali aku dah terjatuh cinta dengan seseorang susah plak aku nak melupakannya..s0,,bagi sape-sape yang senasib dengan ku..ingat lah kata-kata ni..'cinta tak selalu bersama jodoh,,tapi jodoh selalu bersama cinta'

hanya duniaku..

aku seorang wanita yang penuh dengan cerita tentang kehidupan..aku wujudkan blog 'bicara dalam kalbu' ni hanya untuk berkongsi tentang apa yang telah, sedang dan yang akan aku lalui dalam kehidupanku..kira macam online diary la ni..aku tak kisah pun kalau tak de sape-sape yang baca blog ni..sekurang-kurangnya dengan menulis di blog ni beban di fikiranku tak lah berat sangat..tapi,,kalau ada yang sudi baca dan memberikan pandangan trimas ok..